Sunday, December 21, 2008

Galian bukti ada hidupan di Marikh

Penemuan terbaru hasil kajian saintis Nasa


LONDON: Sekumpulan saintis menemui bahan galian di Marikh yang menunjukkan planet itu suatu masa dulu boleh menampung kehidupan. Bahan karbonat terbentuk dalam keadaan neutral atau air alkali ditemui kumpulan Mars Reconnaissance Orbiter dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa), lapor The Telegraph.

“Tentu sekali perkara itu amat menarik,” kata John Mustard dari Universiti Brown di Rhode Island. “Ia putih, berbentuk bebawang dan berkerak.” Karbonat berkenaan terbentuk apabila air dan karbon dioksida bercampur dengan kalsium, besi atau magnesium.
Ia larut dengan cepat dalam asid jadi penemuan ini menolak teori bahawa semua air di Marikh pada masa dulu adalah berasid. “Ia mungkin dalam keadaan sederhana, menunjukkan permulaan bagi alam sekitar di Marikh,” kata pelajar lulusan Univeristi Brown, Bethany Ehlmann, ketua kajian yang disiarkan dalam Science Journal. “Ia mengekalkan rekod mengenai jenis habitat tertentu, bersifat semula jadi kepada persekitaran air alkali.” Karbonat di bumi seperti kapur atau batu kapur kadang kala mengekalkan bahan organik, tetapi saintis mendapati tiada bukti seperti itu di Marikh.

Karbonat berusia 3.6 bilion tahun ditemui pada batuan berhampiran kawah selebar 1,490 kilometer. Karbonat sebelum ini ditemui dalam jumlah amat kecil dalam sampel tanah yang terhasil dari kapal khas untuk penyelidikan debu dan tahi bintang Marikh di bumi. Bagaimanapun, ini adalah pertama kali sekumpulan saintis menemui kawasan karbonat terbentuk. Ia bersaiz seperti padang bola dan boleh dilihat dalam imej yang dirakamkan alat dikenali sebagai Mars Reconnnaissance Orbiter. “Ia adalah persekitaran air yang berbeza dalam sejarah awal Marikh yang menunjukkan kemungkinan bermulanya kehidupan,” kata Richard Zurek dari Makmal Jet Propulsion di California. - Agensi


-dipetik dari Akhbar Berita Harian Online, 21 Disember 2008

Monday, November 10, 2008

Hidupan aneh di Antartik


Saintis temui spesies sotong kurita, lokasi rahsia jerung putih OSLO: Saintis yang menjalankan kajian dan bancian 10 tahun terhadap hidupan laut menghasilkan laporan 'Census of Marine Life,' menemui pelbagai misteri lautan antaranya kewujudan lokasi pertemuan rahsia jerung putih di timur Lautan Pasifik selain spesies alga hidup membiak pada suhu -25 darjah Celsius di Artik. Dalam laporan yang didedahkan baru-baru ini, penyelidik turut menemui bukti genetik kebanyakan spesies sotong kurita moden sebenarnya mengalami evolusi daripada spesies hidupan purba yang hidup di Antartika lebih 30 juta tahun lalu. "Kami sedang mendekati alam lautan daripada mikrob kepada paus," kata saintis kanan bagi bancian 2007-2008, Ron O'Dor. Bancian itu disertai sehingga 2,000 saintis daripada 82 negara yang menjalankan kajian selama 10 tahun untuk membantu melindungi hidupan laut.


Bancian bernilai AS$650 juta (RM2.3 bilion) itu dijangka siap pada 2010 dan bakal mengenal pasti sekitar 230,000 spesies marin. Hingga kini, 5,300 spesies baru dari ikan sehinggalah terumbu karang dikenal pasti dan 110 daripadanya disahkan spesies baru. Antara penemuan menarik kumpulan saintis itu adalah jerung putih dari merata tempat sanggup berenang ribuan kilometer untuk menghabiskan enam bulan di antara Hawaii dan California yang digelar penyelidik sebagai 'Kafe Jerung Putih'. "Pada masa ini, jerung jantan dan betina sering menyelam sedalam 300 meter," kata laporan itu. Tujuan jerung itu berkumpul di lokasi terbabit masih menjadi misteri tetapi penyelidik berpendapat ia mungkin membabitkan makanan atau pembiakan.


Antara penemuan lain adalah bukti genetik sesungut sotong kurita ketika ini menunjukkan ia berasal daripada spesies hidupan purba lautan dalam. – Reuters




SEEKOR labah-labah laut membawa telur di bawah badannya.



SPESIES purba sotong kurita di Antartik.



SPESIES obor-obor yang bersinar.

Tuesday, September 23, 2008

Saat Kita Sebelum Mati...

Saat perjalanan adalah pencarian diri, moga sentiasa dlm redhaNya

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  • Orang-orang yang mati syahid.
  • Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  • Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

(Artikel ni aku amik dr email kiriman intan)

Katak Comei Kembali.....


Spesies katak Armoured Mistfrog telah ditemui kembali di Queensland, utara Australia selepas dipercayai telah pupus akibat jangkitan kulat.
Katak kecil berukuran 40 milimeter itu atau nama saintifiknya Litoria lorica adalah antara spesies katak pokok yang eksklusif di Queensland saja dan tidak ditemui di tempat lain dunia.
Kali terakhir katak ini ditemui adalah pada tahun 1991 iaitu ketika jangkitan fungus chytrid membunuh tujuh spesies katak lain di negeri itu pada lewat 1980 hingga awal 1990.

(GAMBAR yang disiarkan oleh Universiti James Cook ini menunjukkan katak pokok, Armoured Mistfrog sedang bertenggek di sebatang dahan di Queensland, Australia pada 12 Julai lalu)
Artikel ni aku amik dlm www.utusan.com.my

Monday, September 22, 2008

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan sebuah artikel menarik. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau.

Antaranya :
  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur.
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

  • Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002.
  • Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya.
  • Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.


Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.

(artikel ni saya "paste" daripada email kiriman hidayat,kawan saya)

Tuesday, August 5, 2008

Saintis NASA kesan perchlorate di planet Marikh

KAJIAN: Kapal peninjau Phoenix Mars menggunakan pencedok robot untuk mengambil sampel tanah di Marikh






LOS ANGELES: Saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) yang melakukan penyelidikan menerusi kapal peninjau Phoenix Mars di Marikh, mendakwa mengesan perchlorate di permukaan planet berkenaan, iaitu bahan toksik yang terkandung dalam bahan api roket. NASA menolak kemungkinan toksik itu adalah pencemaran daripada kapal angkasanya dan berkata ujian lanjut perlu dilakukan bagi memastikan sama ada tanah Marikh mempunyai kandungan bahan berkenaan. Perchlorate diketahui merbahaya kepada manusia di bawah persekitaran tertentu dan kewujudannya di tanah Marikh mungkin menandakan yang planet itu tidak sesuai untuk hidupan dan bercanggah dengan kepercayaan saintis selama ini.



Penemuan itu berlaku kurang seminggu selepas NASA mendakwa ia mempunyai bukti kukuh kewujudan air di Marikh, termasuk menyentuh dan merasainya selepas melakukan ujian susulan ke atas penemuan ais di planet berkenaan, Jun lalu. Penemuan itu dianggap bersejarah kerana ahli astronomi sejak 100 tahun lalu sudah pun mendakwa kemungkinan wujudnya air di Marikh yang turut dikenali Planet Merah. – Reuters

Tuesday, April 29, 2008

~~Story On My Birthday~~

Well, there is my 24th birthday on 28th April 2008. It was yesterday. I was in my home in the morning with family. My mum bought me nasi lemak and gave me a warm kisses for celebrating my birthday. So do with my best dad. After he came back from surau, he said, "happy birthday" and smile at me...I kissed my parent cheek to thankful them for brought me into this world. After taking my breakfast, I’m drove back to USM campus. About one and half hours, I arrived and do my routine works, working in the workshop, using ring mill of cause. Then I’m having my lunch with my buddies, Dee, Axxa, Marcell, Ana, Ija, Dina, Yus and Arniey. Niza is not included because she still in her room, while Aniey still in the bus, on her way back to USM. Then I’m continuing my jobs and suddenly Dee informs me that they want to see Iyna who had giving birth to her beautiful daughter on 27th April. So, they prepared with the present while I’m just relaxing and updating my friendster profile...
We visited Iyna in private hospital namely, Hospital Selasih in Kulim. We went there by three cars, mine, Axxa’s and Kak An’s. When we arrived, there is just Arif, Iyna’s husband welcoming us. We can’t wait to see the princess…So cute and beautiful just like her mum…Namely, Wan Rifaa Rafhanah binti Wan Mohd Ariff…We having a little chat with Iyna who was unwell because she giving a birth by operation because there are some troubles. Then after spent about two hours there, we went to stall recommended by Raa for having our dinner…I so hungry and can’t wait to eating…nyum..nyum..nyum…I’m ordered Char Kuey Teow same with Niza…Then we drove back to USM and arrived at 10 p.m…On the way, we facing a small flood in Jalan Sungai Bakap-Junjung…This is my first time saw with my own eyes the cars flooded about a quarter meter when trying to cross the road…But it ok about a meter upwards…
After brushed my teeth and my face, I ready to sleep without taking a shower because there is raining and I’m felt cold…When my eyes tried to sleep, suddenly Dee asked me to accompany her to toilet…She told me she afraid because the nearer toilet was locked and we had to go to the toilet at the center of the block…By thinking nothing, I’m just followed her until we reached at the toilet…I saw my face on the mirror when Ana suddenly come smiling weirdly and showering me with smelling water…All my buddies came out and shouted “Happy Birthday”…Oh gosh, I’m just surprise and after them with a ‘gayung’ filled by water…I’m chasing Ana until her room but she locked the door and didn’t want to opened it…Then I’m came back to the toilet, saw Axxa, Marcell and Niza cleaned the dirt that they made…Slowly I threw water to Axxa and everybody shouted…hahahah…yes, u also wet like me…Niza and Marcell was trapped and can’t run away, only Axxa escaped…So the two of my little friends really wet just like me...But they not satisfied so they made a story that I’m was crying and blamed them for everything…Ana and Dee felt sorry and try to persuade me…But their wrong, when they came, their also getting wet like us…Only Axxa not believing the story and she safe but on her last birthday on 11th April, she tricked more than me…hahahaha…
This is my story that happened on my birthday…Thanks to my buddies for the surprise ‘thing’ and I will never forget about it!!!...Thank you everyone…

Thursday, April 24, 2008

Toy's Museum

Toy's Museum atau Muzium Permainan..terletak di Tanjung Bungah,Pulau Pinang..mgu lepas aku berkesempatan pegi tmpt ni..best sgt utk kanak2 dan org dewasa yg cm kanak2 (aku ler)..hehe..puas aku pujuk nan ajak mai sini, akhirnya tercapai gak..yela, dak laki mn la minat sgt tgk patung2 cm budak2 nih..hehe..well, for Malaysian citizens, u just have to flash ur MyKad and get 50% discount and da price will be RM10 per entry..for others, RM20..but for children there’re different rate..i don’t know, u’ll check later ok..


So, being here on my first time, I was so surprise coz there’re big statue of ninja turtle in front of da entry door.. He just like welcoming me to this museum.. I cant wait to see many toys and statues inside.. When I put my first step inside this mystic museum, I was surprising coz there’re lots and lots of toys.. hahah.. I really love it.. But sometime I feel uneasy coz this museum concept like being in a pyramid.. Lots of ‘Firaun’ statues here even in the toilet!!! Mystic and mysterious.. I had spent bout 2 hours in there and took many picture of the fabulous thing.. U know, if u a Star Wars fan, there’re lots of idols here.. Everything just fantastic and I cant explain by words.. U better check out on this.. There’re also idols for many famous movies and series from around da world.. Like Ghost Rider, Batman, Superman, Hell Boy, Iron Man, Journey to The West (Chinese), Pirates of The Caribbean, Lord of The Ring, Matrix, and much more.. For children, u wont miss a thousand of Barbie’s toy with many gorgeous clothes.. There’re also many toy from Disney Famous Movies like Snow White, Cinderella, Beauty and The Beast, Goofy, Donald, Mickey and more.. Idols from famous cartoon movies also displayed like Lilo and Stich, Toys Story, Monster Inc., Bugs Life, Ice Age, Wallace and Gromit, Over The Hedge and more.. If u want to see all image that I had taken, we can do so coz I just upload into my profile.. But it just a few of these fabulous things.. If u want to see more, u better take a visit to Toy’s Museum.. U’ll never regret it, I promise!!

Wednesday, April 9, 2008

Permulaan berkarya..

Alhamdulillah..berkat tunjuk ajar dari Nidzam, akhirnya aku berjaya membuka laman web blogs sndiri untuk aku curahkan idea2 yang selari dengan kehendak aku..hehe..
Sesiapa yang review blogs ni dan ada idea atau teguran apa2 just keep me know..
Thanks..

Planet Marikh !!

PLANET MARIKH MENGALAMI PUSINGAN



Petikan ini aku dpt daripada kawan2 yg prihatin dan ingin mengajak umat Islam bertaubat..mudahan sedikit sebanyak, kita mengambil ikhtibar..tapi aku dah edit2 sikit agar bunga bahasanya lebih kepada fakta dan bukan bahasa rojak untuk tatapan kawan2..


Ust.Harun Din .. rasanya semua orang kenal..dlm salah satu ceramah yang beliau sampaikan, beliau ada membacakan sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ini semakin hampir dengan kiamat..Planet Marikh atau dalam bahasa Inggerisnya, Mars (planet ke-4 n paling dekat dengan Bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas..Kemungkinan, planet yang dekat dengannya (yakni Bumi) juga akan bertukar arah yang sama.. Maka pada saat itu akan terjadilah kejadian matahari terbit di sebelah barat dan terbenam di sebelah timur...Ya Allah, ini adalah tanda2 besar kiamat...Ingatlah semua, tatkala matahari terbit di sebelah barat, pintu taubat dah tertutup. Sudah hilang harapan untuk memohon pengampunan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Maka, bertaubatlah kita..selagi masih ada peluang...Wallahualam..
p/s: maklumat ini telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan umat Islam. Tolong sebarkan perhatian dan saudara2 kita di luar sana yang masih tidur dan alpa dengan dunia yang bersifat sementara ini..



MARIKH MENGALAMI TANAH RUNTUH !!




Itulah yang telah berjaya dirakam oleh kapal angkasa HiRISE, yang kini sedang mengorbit planet Marikh dan merakam keadaan permukaannya menerusi kamera beresolusi tinggi.Imej di sebelah menunjukkan sekurang-kurangnya 4 buah tanah runtuh SEDANG berlaku di kawasan North Polar Scarps, planet Marikh. Foto menunjukkan kawasan kejadian menerusi sudut penglihatan yang lebih luas, manakala imej di kanan merupakan imej terperinci dari kawasan berkotak putih.

Dipercayai bahan-bahan termasuk ais, debu dan bongkahan batu telah terpisah daripada salah satu bahagian tepi bukit tersebut dan menghasilkan awan debu selebar 180 meter, dan setinggi 190 meter dari bahagian dasar bukit tersebut.
p/s: berita ini aku amik dari
http://www.falak-online.net/